• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2011
    M T W T F S S
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  
  • Archives

Tungguuu….

Cuaca panas memang tidak dinafi
Namun ada lebih panas dari ini
Hingga kabarnya ada yang pengsan tadi
Dek teruja terkesima bermacam lagi

Telefon hamba juga asyik berbunyi
Berbagai sms diterima hari ini
Yang senyum gelak sendiri
Kerana gembira hingga lompat tinggi-tinggi

Tentu teman-teman ketahui
Siapakah yang di maksudkan ini
Yeah tidak silap lagi
Pastinya adik berdua…cjolimoli

Ada yang pengsan berkali-kali
Deman dah surut naik kembali
Aduhai adinda cjolimoli
Ramai kini tak keruan di hati

Romantic gilerr ada yang berkata
Manis manja semuanya ada
Lengkap sudah segala perisa
Doa diiring menanti berita

Pejabat CSI kembali beroperasi
Lengkap dengan alatan terkini
Semoga tidak ketinggalan keretapi
Dalam menilik di manakah sembunyi

Ohhh dalam diam rupanya berisi
No wonder wajah makin berseri-seri
Sang Pencerita teropong tadi
Katanya berjalan raya jauh pergi

Dari Subang ke kota Melaka
Berjalan raya ke rumah Teruna
Kabar diterima berjemput pula
Bertuah sungguh si Dara jelita

Berbaju hitam jelas berseri
Senyuman Teruna tidak juga henti
Kerana Dara sudi menziarahi
Sanak saudara serta ibu dikasihi

Ini adalah realiti
Tidak tipu atau speku lagi
Agaknya hujung tahun ini
Tersarunglah cincin di jari

Eh eh tak ada tunang-tunang lagi
Terus nikah…mak kata dah lama dah ni
Apa ditunggu bila dah berkenan di hati
Restu pun telah lama keluarga beri

Kalau boleh nak hari ini
Bukan susah panggil saja Tok Kadi
Sign form semua dah ready
Baca doa buat sikit kenduri

Yang wajib tertunai kini
Jamuan boleh tunggu esok hari
Dah sah sebagai suami isteri
Tanggungjawab uruslah sendiri

Terkebil-kebil cjolimoli
Mak berleter tak henti-henti
Geram dan marah bersarang di hati
Asyik nak bertangguh…tunggu apa lagi?

Senyum simpul Dara beri
Bila melihat kekasih hati
Resah gelisah bagai tercucuk duri
Kerana suhu mak naik mendadak tadi

Masam muka hentak kaki
Ketawa mak bila sendiri
Rasa puas melihat cmoli
Yang terkebil mulut terkunci

Reaksi mak turut diperhati
Sanak saudara yang ada sekali
Jari menuding pada cmoli
Asyik bertangguh berbagai alasan diberi

Give me five…kata mak pada kak long
Pabila melihat cmoli termenung
Segala rahsia dalam kantung
Cjoli kini main renung-renung

Kenapa sayang renung abang
Cmoli pulak dah naik berang
Joli ketawa terlalu girang
Relaklah abang sayang

Duduk…duduk kata cjoli
Tarik nafas dalam lepas sekali
Ketawa joli indah berbunyi
Sehingga moli berkerut dahi

Bagai digeletek cjolimoli
Tawa mereka berderai kini
Ohh rupanya mak berlakon saja tadi
Marah-marah sebab nak menguji

Uji tak uji kata bukan mainan lagi
Mak nak kamu confirm sekarang ini
Datang mak menyergah kembali
Terkebil pula mata cjoli

Wahai bonda yang dikasihi
Dara bukan boleh dijual beli
Bawalah bertenang jangan kalut lagi
Akan anakanda beritahu esok hari

Betul ni? tanya mak kembali
Anakanda janji seribu kali
Jangan hanya asyik berjanji
Kalau tak boleh nak ditepati

Geleng kepala si anak teruna
Terperanjat terkejut semuanya ada
Dipandang Dara di sebelahnya
Senyum sahaja bagai tiada apa

Sudah jauh hamba berangan
Berhentilah dulu sebelum berpanjangan
Kisah teruna dara akan bersambungan
Teruja hari ini pasti berterusan

Doa kasih hamba iringkan
Semoga harapan jadi kenyataan
Kata-kata dalam bayangan
Semua menanti penuh debaran

Ok ok stop berhenti
Selamat malam semua di sini
Tidur nyenyak semoga diulit mimpi
Segar dan ceria nanti di waktu pagi

Owned and written by : Sanaa 04/09/11

15 Responses

  1. Gambar raya mereka berdua kat Melaka ada di 2 facebook palsu Remy…ada org upload di situ……pssssst….I’m your silent reader .

  2. lets pray the best for them…semoga bahagia sentiasa di sisi mereka…amin

  3. yup, mmg diaorg loving couple, hopefully betul la berita ni, i peminat setia mereka..apa pn berlaku ttp sokong mereka berdua. Instagram tu apa? mcamana nk follow?

    • hi fara

      instagram tu apple application. you kena guna either iphone, ipad or any other apple product to use instagram. nama tiz dlm instagram adalah tiztatic dan remy pulak remyishak

  4. Suke tgk gambar both of them dlm msg2 punya instagram. Sweet couple. Kita doakan yg terbaik utk mereka. AMIN.

  5. Mcm betul je cerita ni..

  6. really…betul ker..wow

Leave a reply to Orchid garden Cancel reply